April baru ni doktor mata dtg utk check-up mata rutin kt tadika Nureen.Tak sangka lak dpt surat refer ke pakar mata!Yang tertulis kt surat tu Nureen ada rabun (cycoplegic refraction).Sungguh-sungguh aku & hubby tak percaya,rasanya dia salah sebut kot masa doktor minta sebut huruf-huruf masa check-up tu.
Tapi kami bawak jugak dia on appointment date tu,just utk confrimkan.Mula-mula jumpa dgn Pegawai Optometri,memang sah Nureen rabun,tapi bukan rabun jauh/dekat,tapi rabun silau yang tinggi!Masa tu tak tau nak cakap apa,terkejut,sedih,terkilan,takut,seribu macam rasa ada.Lepas tu jumpa dgn Pakar Mata pulak,dia ambik gambar anak mata Nureen (guna kamera khas)& dia kata something about diameter bukaan yang abnormal berbanding yang sepatutnya pada kanak-kanak dan menyebabkan dia mengalami gejala 'mata malas' atau bahasa perubatan amblyopia.
Doktor bagitau, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak mereka berkemungkinan mengalami amblyopia jika menunjukkan tanda-tanda seperti berikut :
1)Kepalanya senget apabila melihat sesuatu
2)Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
3)Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
4)Sering menggosok mata
5)Sering mengelipkan mata
6)Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat
Dan memang itulah gejala yang ada pada Nureen!
Keadaan 'mata malas' ini akan sebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur dan menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.
Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.
Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik.
Adakah tabiat suka menonton tv atau melihat skrin komputer secara dekat penyebabnya??? Jawapan dari doktor bukan....ia adalah dari sejak azali...Dan doktor kata jangan risau sebab rawatannya ada..
1)Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.
2)Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.
3)Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas (oklusi)
4)Menggunakan ubat titis
5)Menjalankan latihan / senaman mata
So,untuk Nureen doktor merawat rabun mata dengan pemakaian cermin mata.Dah siap pun cermin mata Nureen order kat England Optical Selayang Mall,lagi mahal harga cermin mata dia dari mama punya huhuhu...tapi takpa la janji mata dia kembali normal.